My SKP

My SKP

Wednesday, March 31, 2010

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL SKP VS SKSS


Perlawanan futsal antara team SKP & SKSS telah berlangsung pada 26 mac yang lalu.Team SKP telah membawa turun pemain-pemain senior dan keputusan akhir perlawanan adalah seri.Tahniah kepada kedua-dua pasukan...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKP

Pelajar dan warga SKP berkumpul di tapak perhimpunan sebelum berarak membawa sepanduk mengikut Badan Unit Beruniform masing-masing..

Monday, March 22, 2010

HIMPUNAN ZIKIR & DOA

Doa Ketika Menuntut Ilmu
Doa Menghindar Dari Azab Api Neraka
Doa Para Rasul dan Mukmin
Doa Penerang Hati

PERIBAHASA MINGGU INI

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Wednesday, March 17, 2010

SEKAPUR SIRIH GURU BESAR...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ....

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya jua maka Laman Blog SK Pontian ini dapat disiapkan.

Menyediakan laman blog ini tidaklah semudah yang diucap. Tetapi melaksana atau merealisasikan apa yang dirancang adalah lebih mencabar. Komitmen seluruh sumber tenaga kerja Sekolah Kebangsaan Pontian amat diharapkan untuk menjadikan agenda yang dirancang ini suatu kenyataan. Pengembelingan tenaga, usaha, masa, kos, idea dan persefahaman tulus dari hati nurani yang ikhlas dan redha serta kemampuan fizikal setiap individu, para guru dan staf (staf sokongan dan swasta) menjadi tunggak kecemerlangan sekolah.

Prestasi kerja terdahulu perlu perubahan demi perubahan. Budaya kerja berpasukan mesti dipraktikkan dan perlu anjakan drastik. Istiqamah, taat menjalankan sesuatu suruhan secara berterusan termasuk urusan agama, mencari dan mempelbagaikan alternatif lain setiap individu guru dalam melaksana tugas dan tanggungjawab kepada sekolah amnya dan anak didik khasnya ini akan menjadi teras kepada perubahan kejayaan.

Anak didik di sekolah ini perlu digerak, dimotivasi dan disayangi secara berhemah. Mempelbagaikan pendekatan dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid akan menarik minat murid. Pamerkan kegembiraan, ceria wajah, bentuk kasih sayang, hargai diri mereka dan bimbing mereka. Jana minda mereka dengan ilmu, amal dan akhlak terpuji. Jadikan diri kita sebagai idola. Kenali anak didik kita. Ikhlaskan hati. InsyaAllah terubat segala masalah.

Akhir kata, bersamalah kita melaksana segala perancangan yang disusun atur dengan bijaksana dan berhemah. Segala kelemahan yang ada jadikan iktibar. Segala yang terbaik jadi ikutan.

Terima kasih...

Puan Hajjah Bushra bt Hj Mohd Nor

GALERI SKP