Adab ketika belajar di kelas
1-Pembukaan pembelajaran hendaklah dimulakan dengan doa belajar sebelum kelas dimulakan dan doa penutup ketikamana pembelajaran sudah selesai dan tamat..
2-Tidak membiasakan diri memberi komen kepada rakan sebelah atau memberi alasan kepada ucapan yang diberikan oleh guru. Sebaiknya ucapan tersebut perlu didengar terlebih dahulu dengan meneliti tujuan ucapan diberikan dan bagi menokok-tambah atau memperbaiki pembelajaran yang diberikan oleh guru agar ucapan lebih tepat dan berkesan.
3-Mengemukakan pertanyaan sekiranya bersesuaian dengan pembelajaran yang sedang berjalan atau sekiranya perlu. Sekiranya persoalan yang tidak berkaitan maka tidak perlu diajukan kerana ianya mengganggu proses pembelajaran yang sedang berjalan.
4-Tidak berkelakuan sepertimana orang yang dalam keadaan gelisah atau dalam keadaan duduk yang tidak tenteram seperti menoleh kebelakang, membelakangi guru atau yang lebih buruk lagi ialah berjalan ketika kelas sedang berjalan.
5-Membuat semakan ketika perlu semasa belajar sama ada di dalam buku teks, atau nota tulis bagi menambahkan lagi daya ingatan yang tercatat bagi rujukan kefahaman yang baik dan jelas.
0 comments:
Post a Comment