My SKP

My SKP

Friday, December 17, 2010


click to create your own

Thursday, December 9, 2010

Selamat bercuti kepada murid-murid serta guru-guru SKP.

Thursday, September 16, 2010

UPSR 2010


UPSR 2010 ( 21 SEPTEMBER 2010 - 23 SEPTEMBER 2010)
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA MURID-MURID TAHUN 6.
DOA RESTU DARI IBU BAPA, GURU SERTA WARGA SK PONTIAN MENGIRINGI KALIAN.
SEMOGA BERJAYA.
INSYAALLAH...

Sunday, September 5, 2010

Kepada adik-adik yang bakal menghadapi UPSR,
beraya jangan sampai lupa membaca buku...




Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Daripada Warga SK Pontian...

Monday, June 7, 2010

SAMBUTAN HARI GURU SKP

Sambutan Hari Guru Peringkat SKP telah berlangsung pada 03 Jun 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan anataranya Gotong-Royong Perdana, Perhimpunan Bacaan Perutusan Hari Guru, Sukaneka, Persembahan Nyanyian oleh guru. Majlis tersebut bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.



Tuesday, June 1, 2010

SKMM edar sejuta komputer riba percuma
kepada rakyat miskin


KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan sejuta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah untuk mereka mendapat akses internet jalur lebar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memanfaatkan internet bagi memajukan diri dan keluarga. "Golongan yang layak menerima komputer riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat.

"Pelajar sekolah menengah dan universiti juga boleh memohon mendapatkan komputer riba itu sendiri jika datang dari keluarga yang layak dengan proses permohonan itu disokong oleh institusi masing-masing," katanya selepas merasmikan pakej 'Jalur Lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Komputer 1Malaysia' di Dewan Majlis Daerah Jelebu di sini, hari ini.


Sunday, May 23, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

ISNIN (24 MEI 2010)
SEHINGGA
KHAMIS (27 MEI 2010)

good luck

Thursday, May 13, 2010

HASIL KREATIVITI AHLI KELAB KOMPUTER













Tuesday, May 11, 2010


Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang

HARI GURU
16 MEI 2010

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Friday, April 23, 2010












Tuesday, April 20, 2010




Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi.

Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.


1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila
motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM

Terdapat juga
RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya
sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan. 4. Konfigurasi BIOS Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera

Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu
(motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi

Sistem operasi seperti
Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi

Proses dan Aplikasi
(.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak Fragmentasi20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka
melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail

Dalam sistem operasi
Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.

Monday, April 19, 2010

MICROSOFT EXCEL ( Operasi Tambah)

Microsoft Excel merupakan sejenis perisian aplikasi helaian elektronik yang digunakan untuk membantumenguruskan pengurusan data-data yang melibatkan pengiraan khususnya data-data kewangan.Penggunaannya dapat menjamin ketepatan dalam pengiraan selain kepantasan dalam menyelesaikanmasalah penyimpanan data, pengiraan, analisis data serta melukis graf.



Operasi Campur

Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan operasi ini. Antaranya:

Cara Pertama
  • Klik pada 'Name Box' untuk mendapatkan senarai operasi yang anda perlukan.
  • Anda akan dipaparkan dengan senarai berikut:
  • Klik pada salah satu operasi yang anda kehendaki. Contohnya:SUM(untuk operasi pengiraa campur).
  • Anda akan dipaparkan dengan kotak dialog ‘Sum’.

  • Anda akan dapati pada ‘Formula bar’ memaparkan satu formula pengiraan untuk operasi campur.
Contoh: =+SUM(E2:E11)
  • Klik atau tekan kekunci dan anda akan dapati ruangan jumlah telah pun berisidengan jawapan yang sama terdapat pada ‘Formula result’ di kotak dialog. Contohnya adalah seperti berikut:
  • Sekiranya anda ingin mencari jumlah menggunakan operasi yang sama pada ‘sejumlah angka’ berikutnya, anda boleh menggunakan arahan sebagaimana berikut:




Cara Kedua


Selepas menaipkan tanda +, anda perlulah:

  • Klik pada setiap satu sel yang mengandungi angka dan taipkan tanda +.
Contoh: +E2+E3+E4+E5+E6+E7+E8
  • Tekan kekunci dan jawapan akan dipaparkan pada sel E9.


Cara Ketiga

  • Taipkan formula pengiraan di dalam ‘Formula bar’:+SUM(E2:E11).
  • Tekan kekunci dan jawapan akan dipaparkan pada sel E12.

Adab ketika belajar di kelas
1-Pembukaan pembelajaran hendaklah dimulakan dengan doa belajar sebelum kelas dimulakan dan doa penutup ketikamana pembelajaran sudah selesai dan tamat..

2-Tidak membiasakan diri memberi komen kepada rakan sebelah atau memberi alasan kepada ucapan yang diberikan oleh guru. Sebaiknya ucapan tersebut perlu didengar terlebih dahulu dengan meneliti tujuan ucapan diberikan dan bagi menokok-tambah atau memperbaiki pembelajaran yang diberikan oleh guru agar ucapan lebih tepat dan berkesan.

3-Mengemukakan pertanyaan sekiranya bersesuaian dengan pembelajaran yang sedang berjalan atau sekiranya perlu. Sekiranya persoalan yang tidak berkaitan maka tidak perlu diajukan kerana ianya mengganggu proses pembelajaran yang sedang berjalan.

4-Tidak berkelakuan sepertimana orang yang dalam keadaan gelisah atau dalam keadaan duduk yang tidak tenteram seperti menoleh kebelakang, membelakangi guru atau yang lebih buruk lagi ialah berjalan ketika kelas sedang berjalan.

5-Membuat semakan ketika perlu semasa belajar sama ada di dalam buku teks, atau nota tulis bagi menambahkan lagi daya ingatan yang tercatat bagi rujukan kefahaman yang baik dan jelas.

Sunday, April 18, 2010

TIPS-TIPS PENJAGAAN CAKERA LIUT & CAKERA PADAT

Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Liut

1. Jangan meletak alat atau bahan yang berat di atas cakera liut.

2. Jangan mendedahkan cakera liut pada haba yang sangat panas, cahaya matahari dan air.

3. Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan medan magnet seperti pembesar suara, telefon, headsets, monitors dan calculators.

4. Jangan makan, minum atau merokok berdekatan dengan cakera liut.

5. Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan rakamannya.

6. Simpanlah cakera liut ke daiam bekas simpanannya.

7. Masukkan cakera liut ke dalam pemacu dengan betul.

8. Semasa lampu pemacu menyala, jangan menarik keluar cakera iiut.

Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Padat

1. Jangan mendedahkan cakera'padat pada cahaya matahari atau haba yang sangat panas.

2. Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.

3. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat. Gunakan alat tulis seperti markerpen.

4. Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih

5. Jangan makan minum atau merokok berdekatan cakera padat.

6. Pegang cakera padat dengan cara yang betul.

7. Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam jewel box nya.

KATA2 HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
• Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada
tempatnya.
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan
pula.
• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan
yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri
dan hati- hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak
salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia
tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Tuesday, April 13, 2010

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti
pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau
peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak
kementerian.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila
gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di
dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah
diajar.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah
dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam
kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru
berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama
rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan
dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai
gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan
buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan
pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat
dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan
pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di
luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman
untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini
dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk
melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi
memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan
persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai
buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat
pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku
yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru
yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman
dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum.
Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat
akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang
sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran
yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan,
amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan
kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara
yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk
bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang
bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu
banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau
membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga
sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang
seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang
dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai
untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar
yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan
kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar
cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam
menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu
sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang
telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain,
lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan.
Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan
minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan
itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua
bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang
lebih cemerlang.

Wednesday, March 31, 2010

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL SKP VS SKSS


Perlawanan futsal antara team SKP & SKSS telah berlangsung pada 26 mac yang lalu.Team SKP telah membawa turun pemain-pemain senior dan keputusan akhir perlawanan adalah seri.Tahniah kepada kedua-dua pasukan...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKP

Pelajar dan warga SKP berkumpul di tapak perhimpunan sebelum berarak membawa sepanduk mengikut Badan Unit Beruniform masing-masing..

Monday, March 22, 2010

HIMPUNAN ZIKIR & DOA

Doa Ketika Menuntut Ilmu
Doa Menghindar Dari Azab Api Neraka
Doa Para Rasul dan Mukmin
Doa Penerang Hati

GALERI SKP